Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Friday, March 9, 2012

-Pengalaman Dengan Aniz Baking Centre-

Baking membaking ni mmg seronok. paling best kalo end product tu menjadik kan? tp kadang2 tu frust jugak bila penat2 kite buat kek @ kuih, alih2 x menjadi. ke tong la jawabnye. sayang je.. tp tulah pengalaman...

bak kata mak ai, " buat kueh ni mcm buat maths.. kalo x faham kene kaji sedalam2nye.. pastu buat berulang2.. baru bole faham.. bukan buat sekali je dh terer" tp ai ni mmg jenis cepat putus asa sikit kalo satu bende tu x menjadi. makan tahun jugak laa nak buat balik satu2 jenis kueh @ kek tu kalo x jadik. haha.. sori ibu.. tp apentah kaitan kueh ngan maths?? 

 disebabkan nak sangat mendalami ilmu baking membaking ni.. jadi ai pon mengambil inisiatif menggoogle mana2 kelas baking yang terdekat dan murah (hehe, itu musti..dah la x pandai.. ade hati nak pi kelas mahai2..) sekali terjumpa pulak blog ni .. bagai pucuk dicita ulam mendatang (ewah). dekat pon dekat. apalagi... trus halo2 partner in crime ai.. kasi tahu lebih kurang pastu trus daftar masuk kelas cheese cake.. (pn.ila, ni sbb aku x dpt dtg umh ko. mintak mahap ye. nnt dh pandai aku kasi ko sepotong.. heheh)


 Basically kelas ni dibuat secara hands on tp dlm kumpulan. setiap sesi hanya 20 org je peserta. ok la kan. kalo ramai2 kang x terlayan pulak. Kelas diajar sendiri oleh tokei dier Pn. Noraini. Mula2 penerangan serba sedikit pasal cheese cake, jenis cheese, pantang larang buat cheese cake sume. then peserta diberi 6 jenis resipi cheese cake utk dibuat secara hands on sambil2 pn. noraini assist la kan.






Tempat dier pon selesa. ada tempat solat sumer. ai pon sempat mengepam sekali. kelas dari pagi sampai petang. harusla kene pamkan. heheh. tp lunch x provide. x kesahla sbb kedai dier ni pon dekat je ngan tempat mkn. senang.



banyak ilmu diperturunkan oleh pn. noraini ni. beruntung betul dapat join kelas dier. memandangkan ai pernah buat cheese cake, so byk jugakla soalan2 yg relevan boleh ditanya. at least ai dapatla praktikkan nnt bile lain kali buat cheese cake lagi kan ;)

Peserta pon ramai yg datang dari jauh. ade yg dari pahang lagi. Fuh semangat btol akak2 ni. siap naik bas komuter bagai semata2 nak dapatkan ilmu. salute lah!








kelas habis dalam pukul 5.30 ptg. siap dapat sijil lagi. mmg berbaloi2 la pegi klas ni. selain kelas cheese cake, ade kelas kek coklat, kuih muih, pastry dll. my partner in crime kate pasni plan pegi lagi. orait bebeh! wa xde hal ;p. ujung2 masing2 bahagikan kek utk bawa balik. dapatla sorang sepotong...







Wednesday, February 1, 2012

-Chocolate Cheesecake-

Yezza, entry baking lg.. baik aku post kalau x asik laa tertangguh..huhu

ni buat last month. sempena....err.. xdepape kot. saje2 buat.. nak abiskan cream cheese yg mama tamak haloba pegi beli sampai 4 ketul aritu sbb murah.





haha, x sempat nak amik gambar kek full sebijik. by the time mama kluarkan dlm peti ais, anak beranak dah serbu nak potong. mcm biase abg gagah perkasaku mmg minat cheese cake. jadi dialah makan lebih. amirah? err.. 3 potong kot? 

mama sebenarnya berdebar jugak nak buat cheese cake ni. sbb leceh kan cara nak membakonye. takut masuk air time bako. tp alhamdulillah, this cake turns soooo well. definitely the keeper la ni ;)


tgk otai2 baking kalo amik gambar masakan diorg mmg maebeles. konon2 nak tiru care diorg la ni. amik gambar tertonggeng2.. haha. xde seni btol laa aku ni. xpela, janji kek ni sodap.

special thanks to akuzack. mmg bestla rase kek ni. cheese tu cairje masuk dlm mulut. mcm kek SR pon ade jugak. cume lain kali kene guna dark chocolate la. baru warna lebih mengancam.

INGREDIENTS:

  • 150g digestive biscuit (crushed) ... guna crush oreo pon bole.
  • 80g butter (melted)
  • 400g cream cheese  ... mama guna 500g sbb maleh nak simpan2 lg.
  • 250g whipped cream - whipped sampai medium peak.
  • 200g dark chocolate (grated)  .. mama guna chocolate biase.
  • 140g caster sugar.
  • 3 telur - grade A
  • 2tbsp corn flour
  • 1tbsp lemon juice

METHOD:
  •  biscuit crumbs + melted butter.  tekan2 dlm spring form tin. simpan dlm peti ais dlm 20 minit. balut tin dgn aluminium form. silalah balut dgn byk lapis ye. kalo x nnt air masuk time nak bako. sedehh dik non..
  • melt cooking chocolate guna double boil.. biar sejuk
  • mixer cream cheese until soft, masuk whipped cream yg dh medium peak td. add lemon juice, sugar dan corn flour. masukkan telur. pastu slowly masukkan melted choco. kacau rata.
  • tuang mixture dlm cake tin. bakar secara bain marie.
  • bakar dlm 45-60 minute ... once dh bako. rehatkan cake dlm oven , renggangkan pintu. mama buat kek ni time mlm. lps masak, biarkan je dlm oven semalaman. esok pagi2 baru masukkan dlm peti ais.
  • chill at least 4 jam.

komen en suami gagah perkasa ai... cheese mama?? owh ok.. boleh abah makan. bak sini 2 slice.. haha ;p


Monday, January 30, 2012

- Banana Cuppies-

dah lama x buat entry baking membaking nih.. Resepi dh lama buat dah. baru nak share...

aritu ada belen banyak sangat pisang. dgn beli kt tesconye, pastu mak terchenta dok hantar lg sesikat. kembung makan pisang. mama simpan sikit sbb hati meronta2 nak buat banana cup cake ni.. hehe meronta2 tu.. 




* kualiti gambar kurang memuaskan....

rase? sedap. mcm kek pisang. tp sebab first time buat, agak keras ckit. maybe terlebih mix kot. tp mak ok je nok.. haha

Resepi di  cilok dari myresipi.. terima kasih la yee..

INGREDIENTS..

* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 3/4 cawan gula
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp baking soda
* 1/4 tsp garam
* 1 1/2 cawan pisang (dilenyekkan) ... lebih kurang 4-5 biji pisang.
* 2 biji telur
* 1/2 tsp esen vanilla
* 1/2 cawan butter (dicairkan)

METHOD...


  • preheat oven dlm 350 deg. susun cup muffin dlm muffin pan.
  • whisk tepung, gula, baking powder, baking soda dan garam.
  • buat lubang ditengah adunan, masukkan butter cair, pisang lenyek, telur dan vanilla. kacau. jgn overmix... ( mama eksited sgt mix bagai nak rak.. sebab tu laa keras kot??)
  • scoop dlm paper cup dlm 3/4 penuh.
  • bako dlm 25 - 30 minit.








 *model kek pisang saya ;)

Wednesday, November 16, 2011

-Cheese Cake Lagi ;)-



Abaikan keburukan teksturnya..


walaupun rupamu begitu... TATAPI rasamu.. waduuhhh enak skali dong!! seriyes x tipu.. sedap ;)



CHEESE CAKE..
resipi asal drpd anchoo journal 


BASE
*100g crushed oreo
*50g butter (cairkan)
~~~ bahan2 td dicampurkan dan ditekan2 ke loyang hingga padat. Bakar 5 minit 160C

BAHAN - BAHAN
250g cream cheese
65g whipping cream (saya derhaka, pi bubuh sekotak terus. konon2 nk creamy la ni)
30g gula kastor
3 kuning telur
1/2tsp esen vanilla
1/2tsp lemon jus (tolong laa jgn bubuh lelebih. masam nnt)

MARINGUE
30g gula kastor
3 putih telur
1/4tsp cream of tartar

200g blueberry filling (saya omit sbb xde)

METHOD
1) Preheat oven 160C
2) Dlm mixer, cream cheese + 30g gula, perlahan2 masukkan whipping cream + esen vanilla + jus lemon. mix sampai adunan sebati.
3) Masukkan kuning telur satu per satu.

4) dlm bowl lain, pukul putih telur hingga jd meringue. masukkan cream of tartar + baki 30g gula castor td.
5) masukkan sedikit demi sedikit maringue td dlm adunan awal. guna kaedah kaup balik.
6) setelah sebati, tuang adunan dlm loyang base td.
7) hentak2 kan ckit loyang td bagi xde udara dlm adunan. 
8) bakar selama 1 jam.


*** balut loyang dgn aluminium foil ya. balut banyak2 lapis. jgn lupa. kalau x jadi cam rupa bentuk di atas itu. air sudah meresap masuk. huhu. bakar secara water bath. 






Monday, October 31, 2011

-Red Velvet Cake-

sane sini org dok citer pasal RVC ni kan?

sudahnye ai buat jugak setelah x menahan tgk RVC kt blog2 org lain.. kah kah kah


Rupe bentuk RV yg togel.. 

memule mase nk buat mmg pikir 2 3 kali laa. sbb merah sgt kot warnenye ;). mase nk tambah pewarna merah tu pon abes baju ai kene tompok2 merah. heheh. sib baik bole ilang. 

Resipi ni dpt hasil drpd ketergodaan cik irma kite.time kasih ye ;) mmg sedap!!





BAHAGIAN A
*250 gram tepung gandum / kepung kek
*1 tsp baking powder
*1/2 tsp garam
*2 tspserbuk koko

* bahan2 tu semua perlu diayak bersama


BAHAGIAN B
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

*Bahan2 ni dicampur sebati.

- Kalau xde buttermilk pon xpe. bole buat sendri.. campurkan 240ml fresh milk dgn 1 tsp cuka makan. biar selama 10 minit. 


BAHAGIAN C
113g butter
300g gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla


BAHAGIAN D
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda



UNTUK TOPPING
227 gram cream cheese
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream


METHOD..

1. Buat adunan BAHAGIAN C dulu. Pukul butter sampai kembang, masukkan gula. pukul selama 3-4 minit.
2. Masukkan telur satu persatu. lepastu masukkan esen.
3. Keamudian masukkan BAHAGIAN A & BAHAGIAN B secara berselang seli. mulakan dengan tepung, dan diakhiri dgn tepung jugak.
4. Dalam bekas lain. BAHAGIAN D dicampurkan (cuka + soda). tunggu bunyi berdesir berhenti baru masukkan kedalam adunan terdahulu. kacau dgn sudip/senduk/sudu ahakz..
5. Masukkan dalam loyang.
6. Bakar selama 30 minit, suhu 165 - 175 darjah celcius bergantung pd oven masing2. 


7. Nak buat topping, pukul cream cheese + mascarpone hingga kembang.
8. Masukkan esen vanilla + gula ising. Pukul hingga sebati.
9. Masukkan whipped cream dan pukul hingga adunan likat dan pekat dan lekat dan sekat.. ahahaha
10. Tp kalo adunan tu cair sikit pon xpe. masukkan dlm peti ais bagi keras ckit. nnt senang nk hias. xdela herot berot cam ai punye. kah kah kah

11. kasi kek sejuk dulu baru potong haa. jgn sesuka hati je nk potong time panas2 tu. menyesal x berlagu nnt. seeloknya buat laa 2 hingga 3 lapis. baru feel nk makan lebih ckit. heheh


Tuesday, August 2, 2011

- Baked Cheese Cake-

satu lg version cheese cake...

tp kali ni ape ntah silap dan salahnya diriku ini.. kek ku menjadi bantat. huhu

tapikan tapikan tapikan sedap je kt tekak nih.. ahahaha








buat haritu pon sempena besday my father. laku beb!. mmg bab2 cis ni sape2 pon x tolak kan? lantak laa bantat ke hape. janji sodap.. ehekz


The Recipe:

Utk Base..
  • oreo kisar dlm 150g
  • 1/4 cawan butter (cairkan)

Utk Filling..

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan sour cream (ai guna yogurt je)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan oreo cincang halus

Cara - cara..

  • bahan base digaul rata dan di tekan2 dlm loyang bagi rata
  • bakar dlm oven suhu 180c, 10-15 minit
  • pukul cream cheese, gula, esen vanilla
  • pastu masukkan sour cream
  • pastu telur satu per satu
  • pastu gaul dgn oreo cincang td. (oreo cincang saya tinggal ckit aritu, jd saya just sprinklekn je atas adunan)
  • bakar guna kaedah 'steam bake' selama 45 minit, 180c
  • sejukkn dlm oven selama 1 jam
  • pastu masukkn dlm petiais selama 4-5 jam (kalo tahan sabar)hehe


p/s: mak ngah, nnt ai repeat lg ok. sian mak ngah x dpt rase.


Monday, July 25, 2011

-Baked Macaroni & Cheese-

ini versi saya ye! ;) sbb yg ini mmg menepati selera seisi rumah...


















RESIPI:-

beberapa genggam macaroni / spiral / yg cam tube beskal tu pon bole. hek hek

* rebus cam biase..


utk kuah :-

* tomato puree / kuah spaghetti
*cendawan butang (yg dlm tin tu)
*bawang besar
*bawang putih
*daging / ayam cincang
*garam / gula

CARA - CARA :-

1) utk kuah tumis cam biase buat spaghetti tu.
2) dlm bekas, masukkan berselang - seli kuah dgn macaroni
3) last skali, tutup dgn parutan cheese.. ai guna cheesedale tu je sbb mozarella cheese dh abes.huhu
4) bakar dlm oven utk cairkan cheese. dlm 15 minit, 150c....











family saya mcm biase.... asal cheese je layan..... ahahaha

Thursday, June 16, 2011

-Chocolate Cheese Brownies-

saw it in kak zarin's ;)..





trus buat hokey!.. and i repeated it twice.. mmg yummy

the recipe:-

utk chocolate base:
  • 185g butter (cairkan)
  • 1 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1/4 cawan serbok koko (ayak)
  • 1 cawan gula caster
  • 2 biji telur
utk cheese:

  • 285g cream cheese (dilembutkan) - ai guna satu block cream cheese tu je (dlm 250g)
  • 4 1/2 sudu gula caster - boleh kurangkan sbb yg chocolate tu dh byk gula ;)
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanilla

cara2 sangat laa senang dek non....

  • preheat oven 150C.
  • loyang dilapik dgn kertas baking paper
  • tepung + serbuk koko + gula + telur disatukan dlm bekas dan dipukul dgn whisk jer..
  • dlm mixer, cheese + gula + telur + esen vanilla (sampai lembut)
  • tuang adunan chocolate pastu adunan cheese
  • corakkan laa ikut suke.. ai x pandai buat corak2.. main taram je
  • bakar dlm 45 minit.



boss dirumah kalo part cheese mmg laju. jd lakula brownies saya ini. haha

p/s: tq kak zarin ;)

Monday, June 13, 2011

-Chocolate Cake with Ganache-

Dalam pada sakit2 mata sempat lg bake choc cake for da family (mata saja sakit ye.. tekak ai x sakit.hehe)



Tempting sangat. siap meleleh2 ganache tu. (ni kes x sabo nk tuang atas kek. abis melimpah ruah.)

The Recipe...



err.. sebenarnya pakai tepung kek coklat yg dh siap je.. ahahah cengelat.. asalnya tgh mengemas segala mak nenek barang yg ade kt dlm dapur tu.. alih2 terjumpa set ingredients nk buat coklat kek yang dah lame beli kt kawan tp x buat2.. nak buang tgk2 tarikh luput lame lg. so inilah hasilnya.. sori x dapat nk kongsi recipe laa. lain kali kalo buat choc cake lg ai kongsi ek!

tp utk rujukan, ai nk tepek recipe ganache..


GANACHE:-

200ml whipping cream
250g cooking chocolate


- heat whipping cream secara double boil. masukkan chopped cooking chocolate.. kacau hingga pekat. kasi sejuk dahulu ye baru tuang atas kek.








baby aina mmg x sabo2 nk mamam dh. asal kite tgh mkn je mmg dier usha je sambil meleleh2 air liur.. okla nak, end of this month aina dh bole mamam ye sayang ;)

Tuesday, May 24, 2011

-Muffin..Pizza..Cheese Tart-

ok, kali ni 3 resipi sekaligus ...

MUFFIN COKLAT
(tq myresipi.com)

Bole buat 10 bijik...

* 200g coklat masakan (yg bar tu)
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula
*60g tepung gandum

*1 sudu kecil baking powder


1) Panaskan oven 170C
2) Cairkan coklat masakan (double boil)
3) Setelah cair, masukkan mentega pastu kacau hingga sebati..
4) kat mangkuk lain, kacau telur & gula sampai sebati.. x yah sampai kembang2..
5) Masukkan adunan telur td dalam adunan coklat.. kacau sebati.. pakai whisk je
6) Tepung diayak bersama baking powder pastu campurkan dlm sebatian coklat td..

7) ok siap..

ahaahaa
senang je nk buat muffin ni.. x yah susah2 ko nk kuarkan mixer bagai... pakai whisk je.. tp kene ade usaha lebih sikit time nk campurkan adunan coklat ngan tepung tu jela.. ade naik sikit muscle2 anda nnt... ahahaahah

dh siap adunan, isikan dlm paper cup dlm 1/2 penuh. sebab ade baking powder. ingat? kalo x melimpah laa pulak nnt muffin ko tu..

8) Bakar selama 20 minit.
9) Muffin ni dier lain ckit drpd cake.. lepas masak tu ade lembik ckit.. so biarkan sejuk nnt akan keras dengan sendiri...











PIZZA
(aiseyy, lupela dpt dari mana..)



utk base:


* 500g tepung gandum
* 1 paket mauripan
* 1 sudu gula
* 1 sudu kecik garam
* 1 sudu marjerin

* 1 cawan air suam
* 1/2 cawan minyak


# campur semua bahan & gaul rata

# tutup adunan td dgn kain lembap (reason: bg dier sebati dgn yeast) sampai naik 2x ganda

# pastu kasi tumbuk2 ckit adunan tu utk buang angin (eh, buang angin? haha) and then bahagikan kepada beberapa ketul.. sukati nk besar mane
# biar dlm 10-15 minit adunan tu.. (rehat lg..)

# panaskan oven 180C

# bentukkan ikut tekak masing2

# bakar dlm 10 minit



ini laa rupa base yg telah masak...





utk inti:


* inti ayam @ daging kisar

* 1 ulas bawang benggala

* 2 ulas bawang putih

* capsicum

* nanas ketul2
* cendawan butang

* tomato

* parutan keju mozarella

* sos spagethi @ tomato puree


- utk inti tidak diletakkan specific amount sbb ikut selera masing yee..
- utk ayam @ daging kisar tu.. tumis dulu bawang pastu masukkan ayam @ daging.. bg masak dulu. masukkan oregano ckit.. kalo nk pedas taruk laa cili..

- ratakan sos spagethi @ tomato puree kt pan base

- pastu bole laa tabur lain2 kt atas pan base tu.. dinasihatkan taburla banyak chesse ye.. lg byk lg melt & melekat cheese tu nnt.. yummy!!

- masak dlm oven hingga cheese melt @ 180C..


















BLUEBERRY CHEESE TART

dpt dlm 12 bijik
(tq am flora heights)






utk pastry:


* 1 biji telur

* 100g mentega

* 75g icing sugar

* 200g tepung gandum


- ramai kate guna tangan je utk gaul pastry ni.. tp setelah percubaan 2-3 kali, gune mixer jugak lg ok.. tp jgn lame sgt laa mixed tu. nnt adunan cair sgt.
- lps adun, masukkan sekejap dlm peti ais.. bg dier rehat sikit dlm 1/2 jam
- sesudah itu, dough yang dh sejuk sikit tu di tekan2 dlm tart mould (nk lg cantik, guna roller) ni kes tgn x berapa nk seni laa nih.. heheh
- bottom tart mould tu di tekan dgn fork sblm bakar

- bakar dlm oven dlm 10-20 minit (ikut oven) 160C
- hasil pastry tu nnt kaler dier pucat2 putih cam x sanggup nk makan laa kekdahnye...



utk filling:


* 250g cream cheese
* 60g mentega
* 60g icing sugar

* 1 biji telur


- satukan semua bahan dlm mixer & biar mixer menjalankan tugasnya... haha

- sampai bahan2 smooth


ok cara2 nk buat:

- spoon filling td dlm pastry
-sketch laa design ckit dgn blueberry kt on top of filling tu...
eh, nama je blueberry cheese tart. tp pakainye ckit cenonet je blueberry tu kan? sungguh laa x berbaloi.. oleh itu, sblm spoonkan filling kt pastry tu, sudukan laa sedikit blueberry kt base pastry tu agar rasanya semakin mantop.
- bakar selama 10-15 minit 160C
- sekian..




woh, sampai 3 menu sekali ko bagi... penat dh naip nih.. haahah





end result? cam biase pengadil ai tu kan... 'mama dh bole wt niaga dh nih'.. erk?

Thursday, May 12, 2011

-Bread Pudding With Vanilla Sauce-

hahaahah terpaku dpn pc hampir 5 minit memikirkan ejaan 'sos' dlm bahase omputih.. wakakaak siap google okk.. ape laa nurul nih.. tu laa, kecik2 xmo belajo. dh besar nyusahkan google kan dh...

whatever... ewah

ok ni dh kali ke ...err x igt dh bape kali buat.. tp ni yg latest pic laa.. bread pudding @ puding roti.. mkn dgn vanilla sos @ eskrem vanilla.. dua2 pon ai like.. mmg sedap..






resipi di ambil dr kak zarin... tq kak.. mmg sedap! ;) pastu kan kak, nurul try toast bread tu dulu sblm bakar.. mmg crunchy2 gitu... best!

minta izin copy ye kak..

Bread Pudding With Vanilla Sauce..

Utk Bread Pudding:-( dpt laa besar2 cam dlm gambar tu)

6 keping roti

3 biji telur

2 sudu butter (dicairkan)

235ml susu cair (tp kalo nk lagi basah, tuang je satu tin tu)

1/2 cawan gula pasir (kalo xnk manis, kurangkan)

2 sudu teh esen vanilla

kismis (sukahati laa nk byk mane)

cara - cara:-

koyak - koyakkan roti.. (yg latest aritu ai toast dulu.. mmg best!) pastu susun laa kt dlm dulang pembakar tu haa...

pastu tuang butter yg dh cair atas roti.. tpkan sbnrnye 2 sudu tu cam ckit sgt la. ai tuang ikut suke2.. rase2 nk bg lg cam rase lemak, lebihkn butter.. xde hal

sblm tu, kt bekas lain, pukul telur, susu, gula ngan esen vanilla kasi sebati.. pakai whisk je..

ok pastu tuangkn sebatian td dlm roti yg dh disusun tu.. nnt roti tu cam kembang2 dek resapan air sebatian susu tu kan.. (lor tu pon nk explain kaa nurul? nk kasi faham kan..xpela) then, tabur laa kismis byk mane nak.. lg byk lg sedap..

masuk dlm oven dan bakar hingga kuning2... ai guna suhu dlm 160 deg ngan api atas bawah + kipas lg.. hahah tp kene jage laa.. tgk2 ckit.. kang hangus plak.. dlm 20 minit camtu..

ok siap.. sementara tunggu masak, mari buat vanilla sos pulak..

Vanilla Sauce:-

500ml susu full cream

80gm gula pasir

4 biji kuning telur

1/2 sudu teh esen vanilla

cara buat:-

masak susu hingga mendidih (sbnrnye jgn sampai mendidih sgt, agak2 dh nk didih tu padamkn je api tu)

kt bekas lain, kuning telur + gula.. kacau gune whisk je

pastu masukkn sebatian telur td tu dlm bekas susu yg panas td tu ( reason ai susurh jgn didih sgt sbb ni laa.. kalo didih sgt, nnt time masukkn telur tu, silap2 bole jd ketul2) cecepat kacau mase masukkn tu..

pastu idupkn balik api, tp api perlahan, then kacau balik sebatian yg dh dicampurkn td tu.. kacau hingga pekat.. sambil tu masukkn esen vanilla..

kdg2 ade org suke x berapa pekat sgt sos dier.. terpulanglaa.. nk kurang pekat jgn kacau lelama..

ok dh siap ;)


bole je mkn time panas @ sejuk...


result dr pengadil ai.. "ok, mama dh pass buat pudding.. pasni bole buat yg lain pulak" heheheh

Friday, May 6, 2011

-Cheese Cake With Lurve-





cantik tak?? cantik x?? ahahaah

dh lame dh buat kek ni.. tp skrg baru nk tepek...

mama buat kek ni dengan penuh kasih sayang khas utk abah n amirah.. heheheh cengelat in advance buat kek utk besday diorg ;p

tp mmg best laa kek ni.. 1st time cube buat cheese cake.. mmg menjadik..


Mama guna resipi from CMG.. thankx che mat..

500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred, asing kuning dan putih
120 gram tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya

Cara - cara :-

1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.

2. Putar cream cheese dan 50g gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.

3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.

4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.

5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi.

6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...


Filling blueberry tu, mama campurkan gelatin ckit sbb nk bagi nampak cantik.. 1 sudu gelatin rendam dlm air panas, pastu masukkan dlm blueberry pastu kacau sampai likat2 sikit...



-water bath-







2 org tu kureng ckit bab2 kek biskut sumer ni.. tp sbbkn cheese, laju je abis...

lain kali bole buat lg... sedap abah kate ;)

Wednesday, April 20, 2011

-Carrot Cake-

ok.. ini pon sudah lame terjadi...

belek2 gambar baru perasan x post lg... heheehh

since perangai 'kite bako je' telah menjadi2 dlm diri.. ai terlebih rajin laa pulak mencuba buat carrot cake ni.. kebetulan besday mak ngah time tu.. kire sekali laa ni.. heheheh




-eceh, x menahan ltk pisau SR ;p-

saje je ltk frosting dier comot momot camtu.. konon2 seni laa.. ahahah padehal tgn ketor2 ye dak abah?? ;)

ok, ni resepinya... (pn. ila sile cube okk!!)

credits to CMG.. thankz che mat

Bahan-bahan :

2 cawan tepung superfine*
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
2 cawan gula halus - (ai guna 1 cwn aje)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar ( ai omit sbb maleh nk beli )
1/2 cawan kelapa kering ( ni pon ai omit )
1 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Frosting:

100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh jus lemon (make sure pakai 1 camca aje.. ai aritu gune sampai 3 sudu..jadikla masam ckit kek)
2 camca besar gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.

Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.

Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Untuk Cream Cheese Frosting :

Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan jus lemon, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana... sapu atas kek tadi dan hias ikut suka..

Thursday, March 17, 2011

-Terima Kasih Sang Suami ;)

Hepi betul bile hari ahad lepas abah tetibe bg tau "ok mama harini x payah masak.. duduk je jage anak.. abah buat semua"

wah indahnye donia ai rase.. eheheh

pagi tu terus dier pegi beli bhn2 nk masak kt tesco. Mama mmg ddk umh je layankan aina. Amirah ikut abah. Siap warning jgn masuk dapur nnt kantoi tau abah masak ape. Ok2, saye sebagai isteri yg solehah menurut perintah.. heheh



-curik2 amik gambar ;)

tekun tu sediakan bahan2. hati meronta2 nk tau ape kebendanya la mamat ni masak. tetibe..



-patutla xmo kasi kite masuk dapo.. kantoi.haha-

org laki tetibe nk masak. mmg haru biru laa dapo tu jadiknye.. siap bukak laptop tgk recipe tu.. hahah..

xpe2, mama bole lepak2 tgk tv ;p.. sambil layan 2 askar tu golek2.. tp dh tgh hari mmg time tdo budak2 tu. main2 sampai tertdo dua2..



- sorang sudah tewas-



-sorang lagi pon sudah zzz ;)


last2 siap jugak lunch utk hari itu..





huyooo.. sekali meatball daa... mmg terbaek laaa. haha



siap dgn kuah gravy lg.. cam kt ikea tu.. seriyes x sangka abah bole buat meatball. walaupon versi x cukup sifat kekdahnya tp mmg marbeles laa.. buat sendri la katekan.. sukatila nk taruk minced beef byk mane, bawang byk mane kann..

tp disebabkan dh ade meatball, x lengkap plak rase mkn gitu je.. so belen2 minced beef tu mama pon buat laa spaghetti..

baru feeling2 nk mkn berdua suap2 lap2 budak bulat2 tu dh jage pulak.. aisey rosak program heheh..



makan abis sampai comot2 mulut.. mkn sampai 3 pinggan x hengat. lapo sgt ye amirah...

oleh kerana kekanda sudah declare aritu adalah hari rehat mama, so mlmnye pon abah masak lg..haha. tp kalini mmg x sangka jugak laa dier bole buat ni..




-lamb chop n beef steak-

uuii, mmg best la bah.. lain kali bole laa buat lg ye... meh sini meh i lap u very strong laa.. heheheh