buat entry ni pon sbb bende 1st time kann.. pasni x tau laa byk parcel2 lg yg akan sampai ke opisku ini... heheheeheh ( kopak2) ;p
- inilah dier!! -
hehehe.. teruja sbb 1st time beli online.. sblm ni manjang save je beli kt kedai2.. enjoybreastfeed.com ngan littlewhiz.com dkt ngan umah...lens ngan cd kirim kt ibu pms, ade gk beli cd kt member... tu yg save tu... heheeheh
apakah isi dlm bungkusan itu??? heheheeh.. maleh nk amik gambo... tepek dr web je laa...
ya.. itulah dier brg2 dlm bungkusan itu... sumer tu beli kt mama.sofea.. sbnrnye nk beli rompers I Am Princess tu je... (sbb amirah means princess in arabic).. tp cam biase laaa.. napsu saye yg meluap2 tahap x bley kawal time tu tlh mengubah segalanya... hahahaha (sib baik abah xde hal) ;p
p/s : Lps nie semakin bersemangat laa saye untuk meneruskan aktiviti ini... care to join kawan2???? ;p ;p hahahahah
ngeh3... sronok btol nk citer pasal amirah nye experience on solid food... Amirah dh 6 months, so officially dh bole mkn... mama pon dh dpt diploma in bf (masih lg menunggu kalo2 munge sampai kt opis nie..... ;p)
one day before amirahnye 6 months old besday, kami decided to try n error bg solid food kt dier.. pagi2 lg nie mama sgt gigih membuat bubur kosong + ebm (kol 4.30am ok bgn...;p) utk bdk motak tu.. x snap plak gambo sbb xcited nk kejutkn dier bgn mkn.... hahahaah
lps siap dh perkakasan, try laa bg dier (bubur itu di blend & tapis pastu tambah ebm suam2 kuku)... akan tetapi, minah motak itu telah mereject bubur yg disuap.. habes kecah2 kt lantai...
-abeh comot momot molot motak2 nie...- ;p
so kesimpulannye 1st trial fail... huhu.. (x cedap ke mama buat??)
2nd day buat lg... tp this time ok ckit laa.. mamam jgk laa ckit w/pon muke kelat2... hahahahatp kali ni pakai bib.. x kecah2 lg..(smlm terlupe pakaikn amirah bib...heheeheh)tp memilih plak.. mama suap xmo... nk abahnye plak yg suapkan... sukati laa amirah... janji ko mkn... hahahaahah
- santekk bib... tq aunty azua ;) -
- pandai kesat sendri... ngeh3 -
- i lap mommy....-
hari ke-2 ni ok ckit laa... esoknye hantar kt bb sitter siap bekalkn beskut rusk... ptg amik dier bb sitter ckp dier mkn.. siap poo poo byk lg.. heheheeh... bagus2.... pas ni mama nk buat bubur berperisa plak kt amirah yee...gud girl... ngeeee ;) ;)
p/s: siap tepon makngah nk tau psl mkn2 nie... heheheh tq makngah ;)
Dengan rasminye mama dianugerahkan diploma in BF...hahahaha (puji diri sendri ;p)....
-nk jgk tepek gambo nie...heheheeh-
Alhamdulillah, dgn penuh kesyukuran serta izin & kehendak-Nya mama akhirnya dapat menyusukan Amirah Najihah secara xclusive selama 6 bulan ;) ;) ;)...
byk jgk kenangan manis & rintangan sepanjang menyusukan amirah.. Susu kuar on 3rd day of birth (amirah TERpaksa minum FM 3 hari..huhu sori laling) lps tu hambik ko... mencurah2 x hengat punye... tp mama x beringat.. x simpan sgt stok (igtkn bolela maintain byk cenggitu) tup2 lps pantang susu kurang :( byk cara dipraktikkan i.e - minum milo, holicks,barli,kurma,susu lacta,fresh milk, soya,daun kucai, fanugreek dll...dan tp x jln sgt..sib baik amirah pon menyusu x byk... 12-15oz skali hantar time tu... agak down laa mama kejap... tp atas sokongan abah, makngah dan kengkwn mama yang lain (thanks u oollss.. hehehe) dan berlandaskan mmg mama dh niat nk susukn amirah since mama preggykn amirah lg... sgt2 bersyukur atas kurniaan-Nya.. sehingga ke hari ini, masih ade lg rezeki amirah nk nenen ngan mama ;).. mungkin x sebyk org lain tp still cukup utk ank mama nie kenyang... skrg amirah minum 18-20oz skali hantar.. mlm nenen direct sampai pg...
so skrg amirah dh boleh start mkn solid food... bestnyer.... InsyaAllah mama tgh continue untuk dpt degree plak in BF nie... (abah, mama x dpt munge ke?? slalu kalo grad kan dpt munge... ;p)
Alhamdulillah... dkt 8 bln dh peristiwa cedey yang menimpa abah.. we managed to get through it abah! ;) syukur.... so baru2 nie abah buat minor surgery utk kloid (betul ke ejaan??).. buang seketol besar daging kt tgn tu pastu amik ckit kulit peha tepek kt tmpt potong tuu.. mama snap gambar sblm operation & selepas...
- ini pic sblm di operate -
-ini pulak pic slps di operate (beberapa minggu) -
terigt2 lg time abg kene dok hospital dulu... lebey 2 minggu dok wad... several days dkt CCU ( Critical Care Unit...) siap mama ngan mak berumah tangge laa kt spital tuh... sib baik condition ok... amirah dlm perut lg... 7 bulan... ;) gud girl ank mama n abah x meragam langsung time tu... tau abah tgh sakit ye syg??
p/s: thanks to all yang dtg melawat time aqsha accident aritu yee ;) ... semoga kita semua diberkati Allah...
weekend lps 1st time bwk amirah g jenjln x bwk EBM... saje nk test camne care amukan amirah kalo x dpt susu... hehehh
pg ke midvalley... (nie sume aunty lisa punye pasal... bg tau ade sale metrojaya.. hahaah) best dpt mkn kt deli's... nyum2.. dpt borong byk bende... heheh tq abah bg mama hadiah ;) ;) ....
- cedap ooo tp x tau laa ape motif diorg ltk cam sesungut kt mknn tu ;p -
so time tgh jenjln tu tetiba amirah merengek nk nenen.. huhu cecepat carik jj (igt nk bf kt tmpt bf dier, sbb mak ngah kate kt jj ok..) tp x sempat.. dh haus sgt budak motak tuu.. so kitorg carik laa surau.. kot2 la x penuh so bole laa bf ... tp sesak plak kt surau... jd terpakse laa bf kt tepi tmpt ddk kt luar surau jelaa.. heheheh ( sib baik time tu ramai bdk pompuan dok ctu).. ade gk guys yg pandang2 tp buat bodo je.. hahah lgpon mengadap dinding.. x nampak pon...
lps ni bole laa g jenjln lg tanpa EBM... good performance amirah!! clap2.. heheeheh ..
dok search2 pasal kesihatan nie.... terjumpa plak artikel nie... terase cam kene buat nie....
PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?
PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.
"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina
"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.
Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.
"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.
DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.
Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.
Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.
Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.
KEPENTINGAN PAP SMEAR
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
Mereka yang kerap bertukar pasangan.
Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.
Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
tetiba rase pedih2 kt mate last 3 days... esoknye hambik ko... kene sakit mate.. (x penah2 nk kene, time abah g outsation gak ko nak kene... hadooii) dapat laa mc 2 hari... (yahooo!! heheheeh) tp x best jgk sbb x bole dkt sgt ngan amirah + abah xde... (uuwwwaaaaa... tekanan...hahahahah)
mlm td pulak tetiba temperature amirah naik... cecepat bagi dier ubat demam + selsema (sian anak mama, meleleh2 ingus..) + tepek kool fever.. mayb amirah rindu abah kot.... (cepat balik bah... mama pon rindu ;p)
"Abah cepat balikkkk" (demam2 pon cenyum ttp maintain) ;p
time raye kt kluang aritu, geng2 abah buat bbq kt umh salah srg drpd diorg.. kt mane ek tmpt tu?? hmm, paloh ek abah?? haa paloh.. so ni antara pic yg layan..
-gambar dlm kondisi yg tidak memuaskan... (sbb photographer letih kipas kambing.. ekekeeke)-
abah kate ni pon cam annual event diorg laa time raye... hmm, taun dpn kt umh sape lak??? umh kite ke bah??? heheheheh.. nk kene pk dh ni menu ape nk buat... ;p
Pg enjet 5 bulan kt razif.. amirah dh 6.04kg ;).. anak mama dh semangat... time consultation ngan doc, tyr laa ckit2 psl pemakann & vaksin amirah sumer.. doc suggestkn bg solid food mase dier 6 bln nnt.. tp time raye aritu dh start bg air nasi + kurma... (ok kot sbb still lg dlm bentuk cecair) hehehe
perkembangan amirah... dh pandai pusing2.. tp x meniarap lg.. tp kalo kite tolong2 ckit cepat je dier meniarap ;p kepala ngan leher pon mmg dh kuat... menyembor toksah citer laa.. cam bomoh siam je mama tgk... ekekkkeek kalo mama ngan abah xde je mula laa melalak... nk kene tunjuk je muke kt amirah nie... aa lg satu... cam dh pandai je sebut MAMA... hahahahah seronot.. (abah, jgn jeles ;p)
- amirah tunjuk skill gimnastiknyer... hehehe-
- anak mama & abah dh besar-
p/s: mlmnye amirah dh pandai meniarap sendri...disaksikan oleh abah & mama ;) ;) yeay! yeay!... suke2!!!