mama buat kek ni dengan penuh kasih sayang khas utk abah n amirah.. heheheh cengelat in advance buat kek utk besday diorg ;p
tp mmg best laa kek ni.. 1st time cube buat cheese cake.. mmg menjadik..
Mama guna resipi from CMG.. thankx che mat..
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred, asing kuning dan putih
120 gram tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya
Cara - cara :-
1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
2. Putar cream cheese dan 50g gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi.
6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...
Filling blueberry tu, mama campurkan gelatin ckit sbb nk bagi nampak cantik.. 1 sudu gelatin rendam dlm air panas, pastu masukkan dlm blueberry pastu kacau sampai likat2 sikit...
1 comment:
ya allah sedapnyer.....meleleh den
Post a Comment