Monday, October 31, 2011

-Red Velvet Cake-

sane sini org dok citer pasal RVC ni kan?

sudahnye ai buat jugak setelah x menahan tgk RVC kt blog2 org lain.. kah kah kah


Rupe bentuk RV yg togel.. 

memule mase nk buat mmg pikir 2 3 kali laa. sbb merah sgt kot warnenye ;). mase nk tambah pewarna merah tu pon abes baju ai kene tompok2 merah. heheh. sib baik bole ilang. 

Resipi ni dpt hasil drpd ketergodaan cik irma kite.time kasih ye ;) mmg sedap!!





BAHAGIAN A
*250 gram tepung gandum / kepung kek
*1 tsp baking powder
*1/2 tsp garam
*2 tspserbuk koko

* bahan2 tu semua perlu diayak bersama


BAHAGIAN B
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

*Bahan2 ni dicampur sebati.

- Kalau xde buttermilk pon xpe. bole buat sendri.. campurkan 240ml fresh milk dgn 1 tsp cuka makan. biar selama 10 minit. 


BAHAGIAN C
113g butter
300g gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla


BAHAGIAN D
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda



UNTUK TOPPING
227 gram cream cheese
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream


METHOD..

1. Buat adunan BAHAGIAN C dulu. Pukul butter sampai kembang, masukkan gula. pukul selama 3-4 minit.
2. Masukkan telur satu persatu. lepastu masukkan esen.
3. Keamudian masukkan BAHAGIAN A & BAHAGIAN B secara berselang seli. mulakan dengan tepung, dan diakhiri dgn tepung jugak.
4. Dalam bekas lain. BAHAGIAN D dicampurkan (cuka + soda). tunggu bunyi berdesir berhenti baru masukkan kedalam adunan terdahulu. kacau dgn sudip/senduk/sudu ahakz..
5. Masukkan dalam loyang.
6. Bakar selama 30 minit, suhu 165 - 175 darjah celcius bergantung pd oven masing2. 


7. Nak buat topping, pukul cream cheese + mascarpone hingga kembang.
8. Masukkan esen vanilla + gula ising. Pukul hingga sebati.
9. Masukkan whipped cream dan pukul hingga adunan likat dan pekat dan lekat dan sekat.. ahahaha
10. Tp kalo adunan tu cair sikit pon xpe. masukkan dlm peti ais bagi keras ckit. nnt senang nk hias. xdela herot berot cam ai punye. kah kah kah

11. kasi kek sejuk dulu baru potong haa. jgn sesuka hati je nk potong time panas2 tu. menyesal x berlagu nnt. seeloknya buat laa 2 hingga 3 lapis. baru feel nk makan lebih ckit. heheh


2 comments:

MyKhalish said...

kelass ko mmama.. adoii oven aku da lm tersadai... hahaha.... pekata ko jemput aku rs RV ko. brla lengkap..

mama... said...

apeni wey, kate mau sama2 release tensi. kemon memi kemon!! hahaah